Video Kempen Barisan Nasional - Video meminta simpati rakyat
Video Kempen KeADILan 2008 - Harapan Baru Untuk Malaysia
Agaknya yang mana satu patut aku pilih. Dari video kempen ini aku dapat lihat betapa terdesak nya Barisan Nsional sekarang hendak mendapat undi rakyat. Hari ini pula keluar di Utusan Pak Lah memberi amaran jgan cuba bereksperimentasi. Apakah maknanya ini? Pak Lah ni nak jadi diktator dah ke? Walaupun pembangkang menjadi pilihan, itu adalah pilihan rakyat, beliau tiada hak untuk memberi amaran. Biar rakyat yang memilih. Pelik, mana pergi keyakinan yang ada pada barisan Nasional dari dulu lagi. Aku rasa pilihanraya kali ini bakal menjadi satu titik baru dalam sejarah negara. Rakyat telah pandai memilih, hentikanlah kempen2 yang hanye menjelikkan telinga rakyat mendengarnya. Aku bukan pro pembangkag dan kerajaan. Cuma aku mahu kerajaan yang ada sekarang sedar dimana kedudukan mereka dan jgan terlalu mengharap. Wujudkan ’sentuhan peribadi’ dengan pengundi. Apakah ini? Haha sentuhan peribadi yang macam mana tu. Takkan nak membayar pengundi.

Dah lama aku dapat tag dari syia ni. Tapi disebabkan miggu agak sibuk bagi aku. Ditambah pulak dengan projek akhir aku yang sangat2 la memeningkan kepala. Sapa hebat c programming hubungi aku, aku perlukan bantuan. Aku dah tak mampu nak fikir kat mana la lagi silap bende ni. Klah sambung pasal tag dari syia ni. Ok ni la serba sedikit perkara rawak mengenai aku.
-
Aku adalah seorang yang sangat tinggi. Kurang skit la dari Michael Jordan. yang penting aku lah manusia paling tinggi dalam kuliah aku. Tambah skit mungkin yg paling kacak gak.
-
Aku sngat gemarkan jeans. Jeans skang dah jadi macam seluar tetap aku. Nak pegi mana pun pakai jeans. Tambah lagi kat U aku ni dibenarkan pakai jeans ke kelas. Apa lagi memng jeans je la aku pakai. Sampai ada program rasmi U pun aku bantai pakai jeans. haha.
-
Aku duduk depan komputer lebih lama dari masa aku tidur. Dan aku rasa hampir separuh dari pada masa seharian aku adalah dihadapan komputer. Bnyak sngat yang boleh aku belajar dari internet dan aku sangat la ske.
-
Aku rasa aku seorang penyabar, dan susah gile nak marah. Nak marah pun rasa macam tak kene je. Mungkin aku bukan seorang pemarah.
-
Aku adalah peminat kelab Arsenal. Apa sahaja mengenai Arsenal pasti menarik minat aku.
-
Aku sukakan perkara baru. Aku suke belajar bende baru dan aku ske bereksperimentasi.
-
Kriss 110e, adalah motor yg aku gunakan setiap hari ke kelas. Aku rasa dah nak dekat 3 tahun aku guna motor nie. Motor ni sngat la berjasa untuk aku. Sngat la cool, bila aku melintas depan awek je pasti ade yang memandang. Yeke? haha entah la.
-
Aku sudah berpunya!

Hari ini tergerak lak aku nak baca Harian Metro masa lepak makan tengah hari kat kedai Mak Jah. Aku lihat tajuk utama nya memng tersangat la gempak. Telah aku tahu dari dulu lagi metro mmng begini. Perkara2 pelik semestinya menjadi tajuk utama akhbar berbahasa melayu ini. Mungkin salah satu cara publisiti. Berbalik kepada tajuk utama metro. ‘Pelajr kemaruk telan sabun mandi’ apa kejadah nya ini? haha. Kalau menghidu sabun mungkin boleh terima akal sebab gam dan taik lembu yang busuk tu pun ade orng hidu. Inikan pula sabun mandi yang semesti nya wangi. Adakah sabun mandi ni melalaikan, sampai pelajar ini ketagih nak memakan sabun mandi. kelakar gak bila baca laporan dari akhbar. Pelajr tersebut mula minat dengan sabun mandi ini apabila terbau bau wangi yang sedap di tandas katanyalah. Selepas itu mencium berkali2 sabun tersebut. Mungkin aku tau sabun mandi mana yang pelajar itu maksudkan. Fruitale mungkin, dengan bau2 buah aku juga kadang tergoda tapi tak sampai nak memakan nya. Pelajar tersebut ketagih disebabkan terlalu sukakan bau sabun tersebut die mula memakan nya. Aduh apa la agak nya rasa sabun ye? Haha sedap agaknya sampai gian. Tak mungkin aku akan cuba rasa makan sabun. Tak ke berbuih mulut makan sabun? Kata sipemakan sabun, rasa sabun persis ‘manisan’. Manisan apalah agaknya yang rasanya seakan manisan. Mungkin itu kuasa istimewa die dengan ade setengah orng terlalu suke makan besi dan logam. Mungkin perut beliau boleh menerima bende ini seperti orng2 yang makan besi, kaca dan segala bende yang pelik2 ni. Aku rasa majalah 3 mungkin selepas ini boleh buat liputan tentang budak istimewa ini. Haha mungkin ini lah yang sepatutnya..
Baca laporan lengkap disini…
Bandar yang kecoh dengan insiden bunuh diri remaja nya. Bandar Bridgend terletak di selatan Wales, agak sunyi dan kurang penduduk. Jumlah kematian remaja setakat ini ialah seramai 16 orang bermula januari tahun lepas, dengan 2 kematian baru sahaja berlaku beberapa hari lepas. Tiada seorang penduduk pun tahu kenapa atau bagaimana kejadian ini berlaku. Kematian terbaru melibat kan 2 remaja sepupu. Nathaniel Pritchard, 15 dan sepupunya Kelly Stephenson, 20. Satu perkara aneh mengenai kejadian ini ialah mangsa yang terlibat mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kelly sebelum ini dilaporkan pernah mengenali seorang lagi mangsa bunuh diri pada tahun lepas. Pihak berkuasa tempatan juga menyatakan mungkin kejadian ini berlaku adalah disebabkan internet networking site contoh nya friendster , bebo, myspace, atau lain2. Fakta ini dikeluarkan adalah kerana kesemua 16 mangsa , kesemuanya mmpunya akaun friendster dan lain2, dan kesemua meraka adalah rakan dalam internet networking site ini. Oleh kerana terlalu bnyak masa dibuang dengan internet, menyebabkan remaja2 terasa seperti terasing dari dunia luar. Apabila remaja ini keluar berinteraksi dengan dunia luar mereka seakan tidak selesa, risau atau rimas untuk bercakap dengan orang lain. Dunia mungkin bagi mereka sudah tdak penting dan hanya benambah tekanan bagi mereka.

Malam ini menjadi penentu dua gergasi bola sepak england sama ada boleh ke peringkat seterusnya atau tidak. Perlawan pusingan kelima yang menemukan Man United dan arsenal bagi merebut tempat seterusnya dalam perebutan piala FA. Pertemuan yang bakal berlansung di Old Traford, gelangang keramat penyokong2 MU. Aku pasti MU hendak menebus kembali kekalahan di tempat sendiri pada minggu lalu. Dikalahkan jiran sendiri Manchester City aku rasa mungkin sedikit pedih bagi mereka. Haha.. takpe aku harap dapat layan game malam nie. Man Utd mungkin tiada masalah dengan barisan pemain mereka, dengan kembali nya penyerang berbisa rooney dan bek kental brown. Tapi sedikit masalah bagi arsenal kerana selepas ini bakal berhadapan dengan AC Milan. Wenger mungkin merehatkan beberapa pemain, dengan senari pemain yang belum pulih dari kecederaan bertambah. Aku tak tau macam mana lah nasib Arsenal malam ini. Yang pasti aku tetap memberi sokongan. Sapa free malam ni pukul 1.10 pagi,jom lepak mapley ngan aku..
F.A Cup 08: Trailer 16 February 2008 in Old traford - Manchester Arsenal
p/s: nnti aku akan letakkan link download highlight dan goal2 game ni.
Dalam sibuk aku dengan study tuk test, sempat lak aku ding untuk entry apa yang aku nak tuliskan hari nie. Terjumpa lak dengan ini. Terus teransang untuk aku nak menulis. Rekabentuk bangunan yang unik dan kadang2 aku rasa macam tak logik je kalau bangunan2 ni sume boleh dibina. Ada yang macam mennetang hukum alam. Cuba mengelak dari tarikan graviti, aku tak tahu ilmu apa yang mereka ni guna. Kalau aku jadi architec tak terfikir aku nak buat bangunan macam nie. Melampaui batas pemikiran aku. Apa sebenarnya fungsi bagunan yang pelik2 nie. Aku rasa mungkin untuk menunjuk betapa hebat apa yang mereka telah capai. Tapi bagi aku iahanyalah penyedap mata aku memandang. Aku suke bangunan seperti ni. unik!
bawah ni adalah kesemua 9 bangunan unik yang aku maksudkan. Ada setengah nye dalam peringkat akhir persetujuan dan ada yang masih dalam perancangan. Juga ada yang telah memulakan pembinaan.
1. penang global city centre, malaysia

Mercu tanda baru yang mungkin menggantikan bangunan komtar. Sekarang dalam proses akhir persetujuan dan akan memulakan pembinaan. Aku tak tau sapa owner bangunan ini. tapi bangunan ni memng superb!. Bangga aku jadi anak malaysia. Read the rest of this entry »
Baru je godek2 youtube versi malaysia (Mangga Tv) terjumpa lak dengan video nie.. mengamcam betul polis2 wanita iran nie. Nie baru graduation ceremony kat kem latihan, kalau dah kuar macam mana la pulak ye? Aku rasa mesti ramai lelaki iran tak berani nak wat pasal. Aduh dengan purdah dan jubah, lagak deme sume ni memng hebat. Mengalahkan lelaki lak rasanya. Apa pe pun aku kagum dengan wanita2 ini sume. Kalau lah malaysia pun ade barisan polis khas yang macam nie! Agak2 macam mana ye? haha…
Baru sebentar tadi aku bukak laman utusan online, menyatakan Parlimen telah pun dibubarkan. Pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas bnyak tarikh dan spekulasi akhirnya parlimen dibubarkan hari ini. Dengan ini bermulalah perjalanan baru dalam dunia politik negara, pilihanraya akan berlangsung. Berikut adalah transkrip mengenai pembubaran Parlimen pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”
Apakah selepas ini? siapa pula bakal memerintah Malaysia negara kesayangan aku ini untuk penggal pemerintahan seterusnya.

Aku rasa sume sedia maklum hari ini hari terakhir cuti semester yang tak tau ni aku dah maklumkan. Cuti dah abih, so sume skang tgah sibuk2 nak balik kampus, dalam pada itu aku harap yang drive atau yang tunggang motor tu bawak la hati2 skit. Takut la de pepe jadi nnti susah kan. Duk nasihat org kadang2 aku ni careless gak , entah la org kata kita sesama manusia ni kene selalu ingat mengingati kan. Yelah dalam ske macam2 kita lupa. So berhati2lah. Ingatlah org tersayang.
Untuk aku, aku tak balik cuti ni. Niat nak pulun wat psm aku, nampak nya sikit je yang jalan, ni sume angkara cuti raya cina la. abih sume kedai tutup. Kelengkapan yang aku nak beli pun tak leh nak beli, terpaksa la tggu kedai bukak. Bila kedai nak bukak?? entah! Biarlah deme beraya sakan dlu.
p/s: dalam aku menjelajah blog org tadi aku jumpe software nie. USB disk ejector. thanks kepada saudara hafez. Berminat lak aku dengan software nie. Aku mmng selalu gune pendrive, dan aku tak ske nak tekan button remove usb device bile nak eject device. Aku lebih ske cabut je pendrive aku. Kadang tu main cabut je, ade je bende yang hilang nnti. lepas tu bunyi lak error. aduh cukup aku tak ske. Dengan software ni sume tu takkan berlaku dah. takyah lagi nak tggu kuar benda ni ‘now safe to remove this device’.
Nak cube download sini

Hari ni lepas solat jumaat tadi, dek kerana kebosanan dan tak tau nak buat pe. Aku ajak membe2 sume g tgok cite nie. Kalau bukan Dunia baru mungkin aku tak tgok cite nie. tapi disebabkan ianya dunia baru, dan aku dah follow cita ni dari season 1 dulu lagi. So aku wajib tgok muvie nie. Memng masa untuk aku beratur dan menunggu tuk dapatkan tiket memang berbaloi. Sepanjang aku duk kat Batu Pahat ni, aku tak penah lagi beratur panjang nak beli tiket wayang, tak penah lak aku rasa macam nie. adekah disebabkan cite dunia baru ni atau wayang lain yang pada masa yang sama tgah hangat gak ditayangkan sekarang nie, CJ7 dan KungFu Dunk. Entah la tapi yang pasti tadi sume panggung penuh, dah de yang sanggup duk seat depan tu, ahaks sapa yang dah bese tgok wayang mesti tau rasa nya duk seat depan sekali tu.
Semacam je hebat penagan cite ni, aku rasa cite ni memng ramai peminat nya. Aku tersngat la terhibur tgok cite nie. Karya ini adalah karya pertama hitler zami ke layar perak. Selepas @ musim mengarah drama Dunia baru kini beliau deberikan tanggungjwab untuk mengarah filem nya pula. Aku rasa filem ini tidek perlu iklan yang melampau, kerna aku rasa sume sedia maklum tantang Dunia Baru.
Dari awal sampai la nak abis macam2 adegan lawak nya, sampai dah tak larat aku nak gelak. Bukan setakat geng2 dunia baru yang aku tau mmng dah lawak tambah lak lagi dengan barisan pelakon tambahan yang mantap2. Bnyak sngat adegan yang melucukan, yang aku tak boleh lupa kan, masa pengambaran seeker(kamala kene kacau dengan tajol) dengan Mamat Khalid dan bangla(sepoloh .dua po oloh). Hahaha aku masih tak leh tahan lawak diorang nie. Disamping lawak yang takterhingga ni ade gak terselit mesage berguna, contohnya tanggungjawab suami kepada isteri, keakraban kawan, bnyak lagi la.
Memang bijak penulis nya Wan Haliza Wan Zainuddin merangka jalan cerita filem nie. Jalan cerita nya sugguh teratur dan mudah paham. Aku dengar sampai 10 kali script kene diubah. Mungkin untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kan. Dalam ske2 aku tgok cite ni ade gak part2 yang error nye. Aku tau time muvie ni tgah shoot anizah tgah sarat mengandung, nasib la badan anizah tu kecik je leh la cover dengan sweter. Yang tak tahan nya sweter tu punyalah tebal, tak panas ke anizah pakai time panas2. Sian anizah, tapi walau pun tgah mengandung macam tu pun die tetap gak celoteh tak henti. Aku rasa die memang ske bercakap. Sapa yang berkira nak g tgok cite ni, aku cadangkan korang patut tgok. Tak rugi nya, jgan lah terlalu tebal sngat mentaliti “tak tgok cite melayu tu”. Cerita ini lain dari yang lain.


