Baru sebentar tadi aku bukak laman utusan online, menyatakan Parlimen telah pun dibubarkan. Pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas bnyak tarikh dan spekulasi akhirnya parlimen dibubarkan hari ini. Dengan ini bermulalah perjalanan baru dalam dunia politik negara, pilihanraya akan berlangsung. Berikut adalah transkrip mengenai pembubaran Parlimen pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”
Apakah selepas ini? siapa pula bakal memerintah Malaysia negara kesayangan aku ini untuk penggal pemerintahan seterusnya.



sama2 la kite doakan supaya “orang yang sepatutnya” untuk memerintah negara kita ni. aku takleh cakap byk sbb aku tak sempat daftar mngundi ari tu. elok je tarikh tutup die sblm besday aku.huhuhu..
wakaka,
sapa2 yg dah layak mengundi tu sila2 lah mengundi
deen tak cukup umo lagi~
wakaka
oklah u deen ade kesugguhan gak.. ade tu yang dah cukup umur tapi malas nak mendaftar..
Betul tu…undi anda akan menentukan nasib negara, bangsa dan agama kita untuk jangka masa akan datang. Undilah calon yang benar2 bertanggungjawab. Saya ada buat posting tentang Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak