Archive for February, 2008

Polis Wanita Iran hebat!

Thursday, February 14th, 2008 | Isu semasa, Umum with 8 Comments

 

Baru je godek2 youtube versi malaysia (Mangga Tv) terjumpa lak dengan video nie.. mengamcam betul polis2 wanita iran nie. Nie baru graduation ceremony kat kem latihan, kalau dah kuar macam mana la pulak ye? Aku rasa mesti ramai lelaki iran tak berani nak wat pasal. Aduh dengan purdah dan jubah, lagak deme sume ni memng hebat. Mengalahkan lelaki lak rasanya. Apa pe pun aku kagum dengan wanita2 ini sume. Kalau lah malaysia pun ade barisan polis khas yang macam nie! Agak2 macam mana ye? haha…

Parlimen dibubarkan!

Wednesday, February 13th, 2008 | Umum with 4 Comments

utama_pru12.gif     Baru sebentar tadi aku bukak laman utusan online, menyatakan Parlimen telah pun dibubarkan. Pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas bnyak tarikh dan spekulasi akhirnya parlimen dibubarkan hari ini. Dengan ini bermulalah perjalanan baru dalam dunia politik negara, pilihanraya akan berlangsung. Berikut adalah transkrip mengenai pembubaran Parlimen pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

 

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Apakah selepas ini? siapa pula bakal memerintah Malaysia negara kesayangan aku ini untuk penggal pemerintahan seterusnya.

Balik kampus!!!

Sunday, February 10th, 2008 | Aku, Umum, uthm with 11 Comments

proposedroad.jpg

    Aku rasa sume sedia maklum hari ini hari terakhir cuti semester yang tak tau ni aku dah maklumkan. Cuti dah abih, so sume skang tgah sibuk2 nak balik kampus, dalam pada itu aku harap yang drive atau yang tunggang motor tu bawak la hati2 skit. Takut la de pepe jadi nnti susah kan. Duk nasihat org kadang2 aku ni careless gak , entah la org kata kita sesama manusia ni kene selalu ingat mengingati kan. Yelah dalam ske macam2 kita lupa. So berhati2lah. Ingatlah org tersayang.

    Untuk aku, aku tak balik cuti ni. Niat nak pulun wat psm aku, nampak nya sikit je yang jalan, ni sume angkara cuti raya cina la. abih sume kedai tutup. Kelengkapan yang aku nak beli pun tak leh nak beli, terpaksa la tggu kedai bukak. Bila kedai nak bukak?? entah! Biarlah deme beraya sakan dlu.

p/s: dalam aku menjelajah blog org tadi aku jumpe software nie. USB disk ejector. thanks kepada saudara hafez. Berminat lak aku dengan software nie. Aku mmng selalu gune pendrive, dan aku tak ske nak tekan button remove usb device bile nak eject device. Aku lebih ske cabut je pendrive aku. Kadang tu main cabut je, ade je bende yang hilang nnti. lepas tu bunyi lak error. aduh cukup aku tak ske. Dengan software ni sume tu takkan berlaku dah. takyah lagi nak tggu kuar benda ni ‘now safe to remove this device’.

Nak cube download sini 

Wajib tonton Dunia Baru The Movie!!!

Saturday, February 9th, 2008 | Aku, Umum, movie, photografi with 16 Comments

138140911.jpg

Hari ni lepas solat jumaat tadi, dek kerana kebosanan dan tak tau nak buat pe. Aku ajak membe2 sume g tgok cite nie. Kalau bukan Dunia baru mungkin aku tak tgok cite nie. tapi disebabkan ianya dunia baru, dan aku dah follow cita ni dari season 1 dulu lagi. So aku wajib tgok muvie nie. Memng masa untuk aku beratur dan menunggu tuk dapatkan tiket memang berbaloi. Sepanjang aku duk kat Batu Pahat ni, aku tak penah lagi beratur panjang nak beli tiket wayang, tak penah lak aku rasa macam nie. adekah disebabkan cite dunia baru ni atau wayang lain yang pada masa yang sama tgah hangat gak ditayangkan sekarang nie, CJ7 dan KungFu Dunk. Entah la tapi yang pasti tadi sume panggung penuh, dah de yang sanggup duk seat depan tu, ahaks sapa yang dah bese tgok wayang mesti tau rasa nya duk seat depan sekali tu.

Semacam je hebat penagan cite ni, aku rasa cite ni memng ramai peminat nya. Aku tersngat la terhibur tgok cite nie. Karya ini adalah karya pertama hitler zami ke layar perak. Selepas @ musim mengarah drama Dunia baru kini beliau deberikan tanggungjwab untuk mengarah filem nya pula. Aku rasa filem ini tidek perlu iklan yang melampau, kerna aku rasa sume sedia maklum tantang Dunia Baru.

Dari awal sampai la nak abis macam2 adegan lawak nya, sampai dah tak larat aku nak gelak. Bukan setakat geng2 dunia baru yang aku tau mmng dah lawak tambah lak lagi dengan barisan pelakon tambahan yang mantap2. Bnyak sngat adegan yang melucukan, yang aku tak boleh lupa kan, masa pengambaran seeker(kamala kene kacau dengan tajol) dengan Mamat Khalid dan bangla(sepoloh .dua po oloh). Hahaha aku masih tak leh tahan lawak diorang nie. Disamping lawak yang takterhingga ni ade gak terselit mesage berguna, contohnya tanggungjawab suami kepada isteri, keakraban kawan, bnyak lagi la.

Memang bijak penulis nya Wan Haliza Wan Zainuddin merangka jalan cerita filem nie. Jalan cerita nya sugguh teratur dan mudah paham. Aku dengar sampai 10 kali script kene diubah. Mungkin untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kan. Dalam ske2 aku tgok cite ni ade gak part2 yang error nye. Aku tau time muvie ni tgah shoot anizah tgah sarat mengandung, nasib la badan anizah tu kecik je leh la cover dengan sweter. Yang tak tahan nya sweter tu punyalah tebal, tak panas ke anizah pakai time panas2. Sian anizah, tapi walau pun tgah mengandung macam tu pun die tetap gak celoteh tak henti. Aku rasa die memang ske bercakap. Sapa yang berkira nak g tgok cite ni, aku cadangkan korang patut tgok. Tak rugi nya, jgan lah terlalu tebal sngat mentaliti “tak tgok cite melayu tu”. Cerita ini lain dari yang lain.

Kelik Untuk Download Lagu Tema Dunia Baru The Movie

Read the rest of this entry »

Aku 10 tahun lepas

Friday, February 8th, 2008 | Aku, Umum, blog with 5 Comments

we.jpg

    Sepatutnya entry ini aku tulis masa awal tahun baru lalu, Aku tertarik sngat nak tulis entry ni selepas baca blog saudara zaidievos. beliau menceritakan tentang beliau 1o tahun lalu. So untuk aku, 1o tahun lalu, kalau sekarang dah 2008. 10 tahun lalu 1999 lah kan. aduh aku rasa aku tak ingat bnyak apa yang berlaku 10 tahun lalu , almaklumlah aku sekarang pun dah 23 tahun kalau 10 tahun lalu aku berumur 13 tahun.

    Ahaks masa ni lah aku baru berpindah dari Kota Kinabalu. Abah baru dapat ditukarkan ke semenanjung selepas 4 tahun berkhidmat di sana. Kira time ni aku dah nak masuk form 2. Macam mana lagak aku masa masuk sekolah baru dlu, hahah takyah ditanya. Kalau aku ingat kan sendiri mmng kelakar.Aku jadi budak baik tu, hahah yelah mana de mmbe time tu. Sorang2 je. Tapi lepas dah de geng, hahah aku rasa macam sekolah tu aku yang punya. Sekolah ni sume nye laki.

    Memnag riuh sngat lah time aku sekolah, kalau cikgu pempuan yang lawa skit tu, mmng abih la. Asyik kene kacau je.Haha nakal gak aku time sekolah dlu. Tapi skng tak mcam tu dah. Aku skang ni lebih memikirkan masa depan aku berbanding dulu hanya tau bersuke ria je. Tak lama lagi dah nak bih belajar. Macam mana la aku nnti nak sesuai kan diri dengan mood bekerja pulak. Ahaks biarla masa yang mengajar aku.

p/s: klu de membe aku time sekolah dlu. Anderson School Ipoh. Klu yng terbaca entry ni, contact la aku k. mana tau ko kenal aku.

Sculpture menarik!!!

Thursday, February 7th, 2008 | photografi with 4 Comments

Masa godek2 internet aku rni jumpe lak bende2 ni. Cam menarik sngat lak aku tgok. pelik2 la scupture dorang buat nie. Ade motif ke? Entah la aku rasa mugkin untuk penghayatan semata, berseni atau mungkin bersahaja. Tapi apa yang mereka buat memang menarik. Aku tabik, memng susah nak wat sume nie, memng berbakat sngat bende yang aku tak sangka deme buat.

Read the rest of this entry »

FireStats icon Powered by FireStats