Kemana Hala Tuju Malaysia Selepas Pilihanraya?

Tuesday, March 11th, 2008 | Umum with

malaysia_flag.png

Tajuk entry aku kali ini ialah ‘Kemana Hala Tuju Malaysia Selepas Pilihanraya?’, aku sebenarnya masih tertunggu bila Pak Lah mahu berucap pada awam meyampaikan bagaimana hala tuju Negara selepas ini. Kalah atau menang sudah lepas, sekarang ini bagaimana Pak Lah hendak mencorak kabinet nya dan pentadbiran negara. Terlalu bnyak persoalan yang aku rasakan aku sendiri tak mampu nak jawab. Mungkin aku perlu keluarkan teori bodoh mungkin, haha. Setiap masa, sekarang ini baik dikedai kopi atau dalam kuliah, mahupun dalam bilik tidur. Hanya politik yang dibincangkan. Agak kagum aku melihat nya. Sampaikan anak muda yang lebih suka berhibur dan bersuka ria pun telah tahu hal ehwal politik negara. Satu petanda bahawa masyarakat telah mula pandai menilai dan memahami politik. Walau apapun Pilihanraya merupakan satu ujian yang penting bagi semua pemimpin politik negara kita. Samaada mereka menang atau kalah, perjalanan Negara tetap diteruskan. Bagi aku bnyak persoalan lagi perlu dijawab, Apakah mesej yang dibawa dalam keputusan pilihanraya ini? Apakah makna kemenangan di dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional, KeADILan, PAS dan DAP? Siapakah yang paling mendapat manfaat daripada pilihanraya ini? Aku rasa takde sapa ade jawapan nya, apa yang ada adalah masa dan Rakyat adalah penilai. Maka nilai lah sendiri…


Dari ipoh ke PariT King!!!  

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Trackback by Persona Grata
2008-03-11 21:12:38

Menteri Besar Perak : Dilema 3 penjuru bentuk kerajaan negeri…

Aduhai! Sudah Dipilih ..lain pula jadinya. Agaknya inilah Tun Mahathir nampak awal. Ruler can’t be shared!!  Kenapa tidak satukan sahaja DAP, PKR dan PAS menjadi “Parti Demokratik Rakyat” ataupun “Barisan Alternatif”.
Ha…

 
Comment by ibni Noor
2008-05-01 09:13:03

Setiap kali pilihanraya, tak kisah siapa yang menang, kekuatan orang Melayu semakin merosot.

Siapakah pemenang utama pilihanraya kali ini? Cuba fikirkan betul-betul.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.
FireStats icon Powered by FireStats