Mahligai indah Kerajaan Negeri Perak, Siapa bakal menghuni bilik utama nya?
Selepas kerajaan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, DAP-PKR di Pulau Pinang dan PKR-DAP-Pas di Selangor berupaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah serta menamakan bakal Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing, pakatan pembangkang di Perak bagaikan tidak sekata. Dilema pemilih MB baru Perak muncul. Siapa yang layak atau siapa yang benar2 layak. Walaupun Perak adalah negeri yang majoriti berbangsa Melayu, tetapi DAP memperoleh kerusi DUN paling banyak iaitu 18, diikuti PKR (tujuh) dan Pas (enam) dengan jumlah 31 kerusi, berbanding BN 28 kerusi.
Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, hanya Melayu beragama Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar. Ini bermakna, peluang calon DAP menjadi Menteri Besar agak sukar meskipun memperoleh kerusi terbanyak di kalangan pembangkang. Tiada seorang pun wakil dalam DAP diwakili oleh orang Melayu dan beragama Islam. Penyampaikan permuafakatan tiga parti menubuhkan kerajaan campuran dan senarai nama calon jawatan Menteri Besar telah diserahkan kepada Pamangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
Katanya ketiga2 parti bersetuju untuk menerima siapa saja yang dipilih oleh istana bagi mengetuai kerajaan campuran berkenaan. Bagaimanapun Seksyen 12(2) perlembagaan itu menyatakan Sultan Perak mempunyai hak mengenepikan salah satu syarat berkenaan atau kedua-duanya sekali berdasarkan pertimbangan Baginda.
Ini juga bermakna, calon DAP masih boleh menyandang jawatan Menteri Besar tetapi bergantung kepada budi bicara Sultan Perak. Tetapi perkara ini aku rasakan mustahil. Perak adalah negeri yang masih dinaungi sultan, dan majoroti penduduk adalah berbangsa Melayu Islam. Aku tidak fikir Sultan sanggup membiarkan negeri naungan nya ditakbir dan diperintah oleh golongan monoriti walaupun beliau juga rakyat negeri Perak. Desas-desus mengatakan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas akan mengisi kekosongan itu namun kalau mengikut Lim Kit Siang beliau mahukan wakil dari DAP juga. Sekarang aku sedikit musykil, jika Menteri besar yang bakal dipilih mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. Agaknya bagaimana respons Kit Siang dan ahli2 DAP? atau perkara sebaliknya akan berlaku kerana sehingga saat ini DAP masih menafikan Nizar sebagai calon MB.
Atau Perlukah parti2 dibawah BA ini disatukan sahaja, Seperti cadangan saudara Aidil Azhar . Gabungkan semua menjadi “Parti Demokratik Rakyat” atau “Barisan Rakyat”. Tetapi mungkinkah 3 parti yang mempunyai latarbelakang dan sejarah penubuhan juga matlamat dan aspirasi yang berbeza-beza boleh membentuk kerajaan dibawah seorang ketua?
Dipetik kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS
“Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), Pas akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, Pas akan sokong calon PKR. Kalau Pas dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon Pas kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan Pas tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.”
Mungkin sekarang bukan lagi isu prinsip dan pegangan yang menjadi ukuran dan nilaian tetapi masa depan negara yang menjadi isu dan perhatian. Bagi aku sekarang walau siapa pun Menteri Besar yang bakal dipilih, jgan lah biarkan sahaja sensitiviti rakyat dibiarkan dan yang penting kebajikan rakyat terjaga.





Menariknya di Perak ialah keadaannya tidak sama di tempat lain..Ya, isu sekarang siapakah yang layak dan atau benar-benar layak? Dan samada rakyat berpuas hati dengan pemilihan tersebut? Sekiranya MB dipilih dari parti PAS, DAP dilihat perlu mententeramkan pengundi-pengundinya. Manifestonya di Pulau Pinang-Satu undi BN=satu undi kepada UMNO..kini satu undi kepada DAP=satu undi kepada PAS??
Tetapi DAP ada menyatakan bahawa kerajaan bakal terbentuk di Perak adalah kerajaan campuran. Hanya pucuk pimpinan Melayu tetapi keputusan dibuat bersama.
Isu kini, adakah ini cukup telus/memuaskan hati pengundi2? Atau mungkinkah kini pengundi telah pun terasa diperolokkan?
Isu kedua ialah pakatan yang dibuat oleh parti alternatif dalam memenangi pilihanraya di Perak…adakah benar-benar pakatan sebenar atau hanya untuk menafikan kemenangan BN? Apa yang pasti kerajaan campuran akan terbentuk di Perak, dan rakyat akan menilai bentuk kepimpinan mereka dalam masa pemerintahan.
Yang pasti saya sebagai rakyat negeri Perak mahukan yang terbaik dari kerajaan negeri yang bakal memerintah. Sensitiviti kesemua pihak perlu dijaga dan diperhalusi kerana isu-isu inilah yang menjadi ‘api dalam sekam’ yang telah memakan diri kerajaan di Perak sebelum ini.
Rakyat di Perak akan menerima angin perubahan baru, dan pastinya menilai dengan lebih kritis bentuk pemerintahan baru ini.
Pilihanraya akan datang adalah penentu,
“We can vote you in, and we can also vote you out.”
pakatan yang dibuat oleh parti alternatif dalam memenangi pilihanraya di Perak…adakah benar-benar pakatan sebenar atau hanya untuk menafikan kemenangan BN?
Ini sebenarnya yang utama, sampai sekarang tiada lagi comfermation siapa bakal MB perak. Meraka ini tak berbincang dulu ke sebelum pilihanraya siapa yang bakal memegang tampuk kepemimipinan. Jagan kata taksangka leh menang lak. pakatan ini tdak membuat persetujuan awal ke?. Semua parti yang menng menghantar calon, aku nampak macam pakatan ini nampak tidak sekepala. Macam mana agaknya hendak memerintah negeri agaknya.
Tahniah Yop dan Yong. Apapun yang berlaku kelak itulah ‘harga yg perlu rakyat Perak bayar’ namun masih terlalu awal menjangkakan apa yg akan berlaku.Bila kuasa politik dijadikan satu permainan perasaan maka nasib akar umbi jadi taruhan justeru Sophia sbg anak Perak berdoa moga percaturan politik kali ini tidak menjadi umpama ‘menang sorak, kampong tergadai’dan jangan hendaknya sentimen kebencian yg telah lama tersimpan dlm benak di api2kan hingga melibatkan pertumpahan darah biarpun anak melayu Perak sudah jelas benar dgn sikap dan pendirian minoriti terhadap mereka selama ini.Bagi Sophia, perjalanan politik di perak pastinya dinantikan dan dinilai sebagai kayu pengukur sejauh mana kejayaan kerjasama antara BR.
aku tak kisah sape tp aku mintaK sgt ORG MELAYU YG PEGANG..
PAS’ Nizar is new Perak MB
Mar 12, 08 5:49pm
Pasir Panjang state assemblyperson and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin was today confirmed as the new menteri besar of the state.
The decision was reached after the Regent of Perak Raja Nazrin Shah met with the three nominees for the post this evening.
The other two candidates for the post were state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.
Also decided today is that Ngeh would be made the deputy mentri besar (1) while an Indian candidate would be made deputy mentri besar (2).
The new mentri besar will be sworn in at 4pm tomorrow.
Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the sultan to waive the requirement.
Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.
Nizar, Ngeh and Jamaluddin are presently holding a press conference.
Taken from http://www.malaysiakini.com/news/79710
Seperti yang aku rasakan, Menteri Besar tetap Nizar, tapi timbalan nya pula semesti nya dari DAP,Pecah 2 pulak tu. Nak ikut cara Penang ke? Menteri besar mewakili setiap kaum. Bagaimana lak dengan exco2 kerajaan negeri nanti. Aku rasa mesti didominasi oleh DAP dengan kebanyakan calon dari PAS dan Keadilan tiada latar belakang pendidkan yang baik. Harap Yop ngan Yong kat kg sana gembira dengan keputusan Sultan ni.
Jangan ulas sebarangan! Hang kenal calon PAS ni dulu!
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13252&Itemid=28