Mari Boikot Belanda

Sunday, March 30th, 2008 | Umum with

Filem Fitna mencabar hati setiap umat Islam di seluruh dunia. Mesej yang disampaikan melalui tayangan video selama 15 minit itu menggambarkan Islam yang sebaliknya. Malang sekali mereka tidak beroleh kesempatan melihat Islam itu dengan lebih luas yang menyajikan keamanan, kecintaan dan kasih sayang sesama manusia dan kepada Yang Maha Pencipta. Hati apabila telah dibutakan dan sesat ditambah lagi dengan kesesatan yang tak berkesudahan menjadikan hati itu terus tandus dan mati daripada memperoleh kebenaran hakiki.

Mereka hanya melihat persengketaan yang dilakukan tanpa menoleh apakah yang menyebabkan persengketaan itu berlaku ataupun siapakah dalang ataupun syaitan besar yang memberi punca keganasan itu berlaku. Dan perjuangan untuk menuntut hak dan mempertahankan kesucian agama selalu dimanipulasi dan dijadikan natijah kepada keganasan yang berlaku seluruh dunia dan mensasarkan Islam sebagai satu imej keganasan. Ini adalah satu fitnah terbesar!… Dan dengan kuasa yang ada mengikut kemampuan masing-masing, orang ramai boleh bertindak menghukum mereka yang mahu merosakkan Islam ini dengan sekurang-kurangnya mengabaikan apa jua khidmat atau barang-barang yang mereka keluarkan atas satu protes atau hukuman di atas keterlanjuran mereka.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Terlalu hinakah islam dimata mereka ini sehingga melebel Islam sebegitu. Aku tidak mahu bercerita panjang dengan ini entry baru aku setelah sekian lama sepi. Peliknya kerajaan Belanda sendiri memberi sokongan kepada satu lagi bentuk penghinaan terhadap Islam. Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada mereka ini agar dapat melihat Islam dengan lebih adil dan saksama.


Dari ipoh ke PariT King!!!  

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by Truckster
2008-03-31 06:28:48

aku sangat bersetuju dgn cadangan Tun Det itu….tp yg peliknya mana pengerusi OIC aka Iman Islam Hadhari dlm menyuarakan ini???xdengar pon kat TV

Comment by Dinzz
2008-03-31 10:34:54

Itulah masalah nya. OIC sendiri tak main peranan. Pengerusi die almaklumlah la. Lembab skit. Die tgah bersabar kut tu. tggu je lah. hah

 
 
2008-04-05 18:21:31

orang kafir mmg xkn puas ati selagi kita tak ikut mcm dia…

 
Comment by Ken
2008-04-18 23:22:55

Betul, kita kena menggembeling tenaga dan kerjasama seluruh dunia Islam bagi memboikot Lipton, Shell dan sama waktu dengannya….

Tapi macam senyap jer skang…

Empowering Youth

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.
FireStats icon Powered by FireStats