Archive for September, 2008

Lagi hari yang cukup membosankan!

Tuesday, September 23rd, 2008 | Umum with 3 Comments

work_life.jpg

Kalau diikutkan hari ini genaplah sebulan aku bergelar penganggur dari tarikh aku bergraduasi. Ada yg best dan ade yang tak best nya menganggur ni. Yang penting aku masih belum bersedia untuk bekerja. Apa yang aku lakukan sekarang hanya kerja dari rumah. Lebih menyeronokkan walaupun pulangan nya agak tidak memberansangkan. Mamasukkan data kedalam computer satu perkara yang agak menarik. Aku tiada masa tetap untuk melakukan nya. Bila2 masa sahaja aku boleh buat. Perkara ini aku lakukan hanya untuk sementara sehingga aku mendapat mud untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang sebenar dengan menggunakan ijazah yang aku perolehi.

Rata2 sahabat aku yang telah bekerja tidak berpuashati dengan kerja yang mereka perolehi. Lebih nampak seperti terpaksa untuk bekerja. Setiap hari ada sahaja keluh dari mereka. Mungkin gaji yang kurang power mungkin.  Atau tak seronok ke bekerja, bukan kah di pejabat nnti akan ada awek atau gadis comel yang bekerja bersama kau. tidakkah itu menyeronokkan.  Pendapat aku mungkin salah, biasalah aku manusia pelik. Aku lebih sukakan perkara yang kurang kompleks dari pada bekerja. Berseronok lepak itu semua minat aku. Mungkin aku patut sambung kembali pelajaran aku, meniti zaman bergelar pelajar memang menyeronokkan, tiada apa yang perlu difikirkan cume tugasan dan projek. Mampu ke aku nak sambung pelajaran, entah aku dah tiada minat untuk belajar.

Hari ini satu lagi hari yang aku kene lalui. Lepak dah, seronok pun dah, menganggur ini mugkin ade had nya kan. Sekarang aku dah agak bosan begini. mugkin aku perlu mula mencari kerja.Kerja bagaimana agak nya sesuai bagi aku ye. Haha.. Aku ada ijazah dalam bidang elektrik. Mungkin jurutera elektrik sesuai untuk aku atau mungkin penyapu lantai KLCC.

Apa aku merepek ni, ini satu lagi entry yang lebih bersifat suka2 dari aku. Bila la aku akan mula serius untuk menulis isu yang lebih besar agak nya. mungkin kurang pengalaman.Esok je lah aku sambung..

Selamat Hari Raya 2008

Monday, September 22nd, 2008 | Umum with No Comments »

 salam-aidilfitri02.jpg

Lebih kurang seminggu lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran. Aku rasa ramadhan tahun ini lah yang paling best agak nya. Entah mengapa, itu yang aku rasa. Mungkin ramadhan pertama aku berpuasa dirumah, dah setiap hari berbuka dengan juadah masakan ibu ku dan bukan lagi juadah pasar ramadhan atau surau masjid yang selalu aku pergi jika ingin berbuka. Ramadhan kali ini aku bangun sahur setiap hari, belum pernah aku buat. Kalau di kampus dulu, nak bgun jgan harap la. Makan tgah malam je la. Kalau sahur pun mungkin sebab layan bola sampai pagi. Ramadhan kali ini juga menyaksikan aku berstatus solo. Kenangan berbuka bersama si dia akan hanya menjadi kenangan dalam kehidupan aku. Hidup perlu diteruskan dan aku tidak sedikit pun pasrah atas ketentuan Nya. Biarlah ia nya menjadi sejarah. Selamat Hari Raya maaf zahir batin…Atas kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja, takut jika aku ade terkasar atau terlebih atau pun tidak tepat apa yang aku tulis dalam blog ini. Aku juga manusia tidak lari dari kesilapan. Kemana sahaja korang sume beraya tahun ini, bersama keluarga, nenek atok, sedara mara yang penting pastikan perjalanan balik kemana sahja korang selamat. Ingat pandu selamat, jiwa selamat, duit pun selamat gak…

Aku Dah grad..

Monday, September 22nd, 2008 | Aku with No Comments »

Entri lambat ini hanya untuk aku memberitahu dunia bahawa aku sekarang telah bergelar graduan. Tarikh sebenar aku bergraduasi sebenarnya telah lama berlalu. Oleh sebab kemalasan aku untuk berblog sejak akhir2 ini melewatkan pemberitahuan ini.Terima kasih kepada keluarga kerana sudi hadir ke masjlis graduasi aku.Semua nya berjalan dengan sugguh baik. Walaupun aku tidak menerima sebarang anugerah, tetapi aku tetap berpuas hati dengan segulung ijazah yang aku perolehi. Kerana aku tahu aku bukan insan luar biasa.

Sekarang terjawab sudahlah bnyak pertanyaan dalam diri aku, bagai mana rasa nya jika telah bergelar graduan. Sejak hari pertama aku menapak di universiti, bende ini lah yang aku fikirkan. Apa agaknya perasaan bila telah abis belajar sedangkan aku baru sahaja ingin memulakannya. Bagaimana agak nya perjalan hidup aku untuk menempuh 4 tahun menimba ilmu. Rasa baru semalam aku mendaftar masuk dah sekarang telah bergelar graduan. Seterusnya apa tujuan hidup aku selepas ini. Tentulah bekerja. Setakat ini aku baru sahaja selesai beberapa sesi interview. Semua nya agak memberansangkan, sekarang bergantung lah pada company tersebut menerima atau menolak aku. Macam pasrah je kan, entah la. Aku sebenarnya masih belum dalam mud untuk bekerja. Hampir sepenuhnya hidup aku habis untuk belajar. tak salah kan aku merasa bagai mana rasa nya bergelar pengangur. Apa pun, aku rasa aku ingin mula meriah kan blog ini semula. dah lama sngat aku tgglkan. Mungkin nafas baru aku akan beri pada blog ini. Lebih bersifat peribadi mungkin selepas ini. Apapun yang aku tulis aku ingin kan kepuasan. Itu yang lebih penting dari menulis benda yang tiada kaitan atau aku kurang arif mengenainya. Aku sngat baru dalam bidang ini, dan aku telas tewas dalam perjuangan pertama aku, sekarang aku akan mulakan ia kembali.

Mungkin bnyak masa aku akan aku habiskan disini selepas ini.

 

FireStats icon Powered by FireStats