Entri lambat ini hanya untuk aku memberitahu dunia bahawa aku sekarang telah bergelar graduan. Tarikh sebenar aku bergraduasi sebenarnya telah lama berlalu. Oleh sebab kemalasan aku untuk berblog sejak akhir2 ini melewatkan pemberitahuan ini.Terima kasih kepada keluarga kerana sudi hadir ke masjlis graduasi aku.Semua nya berjalan dengan sugguh baik. Walaupun aku tidak menerima sebarang anugerah, tetapi aku tetap berpuas hati dengan segulung ijazah yang aku perolehi. Kerana aku tahu aku bukan insan luar biasa.
Sekarang terjawab sudahlah bnyak pertanyaan dalam diri aku, bagai mana rasa nya jika telah bergelar graduan. Sejak hari pertama aku menapak di universiti, bende ini lah yang aku fikirkan. Apa agaknya perasaan bila telah abis belajar sedangkan aku baru sahaja ingin memulakannya. Bagaimana agak nya perjalan hidup aku untuk menempuh 4 tahun menimba ilmu. Rasa baru semalam aku mendaftar masuk dah sekarang telah bergelar graduan. Seterusnya apa tujuan hidup aku selepas ini. Tentulah bekerja. Setakat ini aku baru sahaja selesai beberapa sesi interview. Semua nya agak memberansangkan, sekarang bergantung lah pada company tersebut menerima atau menolak aku. Macam pasrah je kan, entah la. Aku sebenarnya masih belum dalam mud untuk bekerja. Hampir sepenuhnya hidup aku habis untuk belajar. tak salah kan aku merasa bagai mana rasa nya bergelar pengangur. Apa pun, aku rasa aku ingin mula meriah kan blog ini semula. dah lama sngat aku tgglkan. Mungkin nafas baru aku akan beri pada blog ini. Lebih bersifat peribadi mungkin selepas ini. Apapun yang aku tulis aku ingin kan kepuasan. Itu yang lebih penting dari menulis benda yang tiada kaitan atau aku kurang arif mengenainya. Aku sngat baru dalam bidang ini, dan aku telas tewas dalam perjuangan pertama aku, sekarang aku akan mulakan ia kembali.
Mungkin bnyak masa aku akan aku habiskan disini selepas ini.



No comments yet.