Hari ni masuk hari keempat aku hidup tanpa handphone. Bukan nak berbangga kerana aku mampu hidup tanpa satu bende yang paling penting dalam hidup manusia sekarang, tetapi phone kesayangan aku ni wat hal. Ntah mengapa bila aku cas je, tak nak pun die cas. Bila dihidupkan die mati. Malas aku nak layan. Aku biarkan je. Phone apa yang aku pakai, tak perlu la korang sume tahu. Yang pasti nya ia lebih caggih dari nokia 3310 dan kurang sedikit kecaggihan nye dari nokia N96.. Hahaha..AKu bukan peminat phone yang ada berbagai fungsi, cume cukup untuk aku boleh bercakap dan menghantar pesanan, mugkin sedikit untuk mendengar lagu2 terkini mungkin.
Sebelum rosak rtu belambak mesage raya aku terima. tak sempat pun nak reply. dah phone buat hal kan. Pada rakan2 yang hntar pesanan hari raya kat no phone aku, terima kasih. Sorry aku belum dapat membalas message2 korang. Phone aku tak mau nak hidup2. Pe yang rosak aku tak tau. Phone yang aku gunakan sekarang ni ialah hadiah orang yang penah aku sayang sangat dlu. entah la, sekarang ni die masih sayangkan aku atau tidak. Sudah lah, watpe dikenang kisah lama. Yang penting phone ni. Perlu ke aku tukar dengan yang baru saja. atau perlu ke aku hantar utuk repair. ermmm ni je satu kenangan aku pada orang yang aku sayang tu. nak dijual sayg, pe patut aku buat ye.
ermm sok je lah aku buat keputusan.. Nak repair or beli baru..




untuk urusan bisnes, aku pakai nokia 1100. sempoi jek. haha.
ok gak tu..
tapi bab nak pakai 2 phone ni aku malas skit.
phone yang de rtu pun aku malas nak bawak.
haha
biase laa…setelah lama die berbakti pada ko..kadang nak manja2 jugak…aper pun HP memang amat berguna skang ni…penting…
Aku baru terasa skang ni.
bukak je phone aku rtu,,
perghhh berduyun msg sampai..
tu baru bape hari tak angkat phone..
kalau sebulan camne la?