
Ahaks… Ermm ape yang aku nak mulakan nie.. Entah macamne nak describe perihal diri sendiri. Aku rasa tak perlu aku menerangkan terlalu detail tentang diriku, aku lebih dikenali dengan panggilan Dinzz . Aku telah mula berblog pada tahun 2006, tapi entah macam maca minat yang ada hilang ditengah jalan, dan blog itu dibiar begitu saja. Kini aku mula dengan blog baru dan jenama baru. Dan sejak akhir2 ini cintaku pada blog telah membuak2.
Sedikit perihal mengenai diriku, aku Muhammad Hafizzuddin Mohd Noor, berumur 23 tahun sekarang, lahir pada tahun 1985. Aku masih belum berpunya, tetapi hati ini telah dimiliki. Aku sekarang sedang menuntut di UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) menuntut dalam jurusan elektrik dan elektronik, akan menerima ijazah pertama tidak lama lagi. Ingin menjadi jurutera adalah salah satu dari cita2 ku dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana, dengan 5 adik beradik. Aku anak pertama.
Aku sebenarnya kurang minat menulis tetapi aku lebih berminat untuk membaca, melihat dan memerhati. Aku menulis sekadar untuk menyampaikan apa yang aku rasa perlu aku sampai dan kongsikan. Mungkin entry2 yang aku tulis bahasanya agak kurang teratur, kerana aku bukan penulis yang hebat. Apa yang aku mahu dengan Dinzz.net hanyalah sekadar kepuasan dan kebebasan untuk aku menulis apa sahaja. Aku harap dunia tahu kehadiran aku dengan apa yang aku tulis.. haha mungkin. Aku cume berharap!
Siapa yang melawat aku disini, terima kasih. Tunggu kehadiran aku ditempat kau. Dan jagn sesekali kau segan silu untuk memberikan aku tahu tanda kau hadir ke blog aku ini dengan meninggalkan sedikit komen atau sekadar shout di tempat shout yang aku sedikan itu. Akhir sekali selamat datang semua ke dinzz.net….
p/s: Mesti ramai yang tertanya, kenapa ‘dari ipoh ke parit king‘ menjadi nama blog ini. Ia nya sebenarnya adalah berkisar kepada aku. Aku anak kelahiran Ipoh,Perak merantau jauh ke Johor. Menjadikan tempat bernama Parit Raja tempat untuk aku menuntut ilmu kerana univrsiti kesayangan aku berada disini. Walaupun pekan nya agak kecil, tapi sugguh cepat membgun. Sekarang Parit Raja berbangga kerna telah ada Bandar Universiti disini. Sepanjang hampir 4 tahun aku disini. Berbagai perubahan telah aku nampak. Datang2lah menjenguk aku disini.



Din, you did well! keep it up
salammm…aku bdk br yg br2 nk jinak nga benda2 cmni..kau student uthm ye,aku punya abg ipar lecturer kt situ,mr saifulnizan…kau ada msk klas dia x????chawwwww
sori if i kol u fiz..rasa time skolah dulu saya acknowledge awak as fiz kot..but, no wories, i’ll try to kol u din..=)