Hari ini akhirnya apa yg ditunggu2 sampai gak. Jersey baru aku. Lama gile aku tunggu jersey ni. beli dah 3 miggu lepas dekat lelong, bodoh nye kedai kalau takde stok cakap la awal2. Takde la aku nak g beli kat die. Ni sampai tiap2 hari nak aku call. Huhu ape punye management la. Kalau camni baik takyah buat bisnes online. Apepun aku puas hati dengan baju ni. Lawa siut!!! Tak sabar lak aku nak pakai malam nie. Arsenal vs Aston Villa, jom mapley sume malam ni.

Malam ini menjadi penentu dua gergasi bola sepak england sama ada boleh ke peringkat seterusnya atau tidak. Perlawan pusingan kelima yang menemukan Man United dan arsenal bagi merebut tempat seterusnya dalam perebutan piala FA. Pertemuan yang bakal berlansung di Old Traford, gelangang keramat penyokong2 MU. Aku pasti MU hendak menebus kembali kekalahan di tempat sendiri pada minggu lalu. Dikalahkan jiran sendiri Manchester City aku rasa mungkin sedikit pedih bagi mereka. Haha.. takpe aku harap dapat layan game malam nie. Man Utd mungkin tiada masalah dengan barisan pemain mereka, dengan kembali nya penyerang berbisa rooney dan bek kental brown. Tapi sedikit masalah bagi arsenal kerana selepas ini bakal berhadapan dengan AC Milan. Wenger mungkin merehatkan beberapa pemain, dengan senari pemain yang belum pulih dari kecederaan bertambah. Aku tak tau macam mana lah nasib Arsenal malam ini. Yang pasti aku tetap memberi sokongan. Sapa free malam ni pukul 1.10 pagi,jom lepak mapley ngan aku..
F.A Cup 08: Trailer 16 February 2008 in Old traford - Manchester Arsenal
p/s: nnti aku akan letakkan link download highlight dan goal2 game ni.
Aku sebenar nya kurang selesa dengan theme lama yg aku gunakan, sidebar yg agak besar menyebabkan ruang utama blog aku nampak kecil. Aku dapat rasakan susun aturnya agak mengkusutkan. Itu mungkin menyebbkan aku kurang berminat nak mengupdate blog aku, yelah aku sendiri nampak blog aku tak berseri mud nak menulis pun takde la. Kini dengan theme baru “WP Premier-brown“dari saudara R.Bhavesh sugguh mengujakan aku. Susun aturnya kemas dengan disign 3 column, widget sedia digunakan dan ade 3 warna pilihan, dan aku telah memilih warna “brown” nampak lebih gagah dan kemas. Yang sangat menarik menganai theme ini ialah ‘tab column’ dengan pelbagai fungsi boleh dipilih. Aku telah jatuh cinta dengan theme ini. Berharap lepas ni aku akan lebih rajin tuk menulis. Ade beberapa bhagian lagi yang belum aku uruskan, dan insyallah menjelang miggu depan siapla sepenuhnya perubahan theme blog aku ni. Boleh kah seorang bakal jurutera menguruskan blog dan menulis korang nilai lah sendiri apa yang aku tuliskan. Sambil2 tu aku tertarik dengan komentar yang diluahkan mengenai entry terkini mohdismail di blog beliau. Kalau siapa belum membacanya baik korang baca kerna aku rasa terselit sesuatu dalam entry tersebut khas untuk semua tuan2 punya blog berbahasa melayu dan ianya mmbuatkan korang berfikir sesuatu. Fikirkan lah!
 p/s= Aku baru balik tgok bola tadi ni, aduhai juara musim lalu tu hampir2 je gugur lagi, minit2 akhir ade lak gol yg disumbat. mungkin hanya nasib. Aku tak kesah, dan yang penting team meriam ku kembali ke tahta liga.
Ahaks, aku bertolak ke pangkor petang nie, amek bas dari batu pahat ke kl dan terus ke lumut. camne la rasanya g jalan ramai2 nie kan. haha mesti best. tak sabar lak nak beremdam dalam laut. konferm balik ni muka aku mesti hitam nye. haha.. tujuan sebenar aku ke pangkor ni sebb nak luangkan masa dengan membe2 yang bakal dah tak jumpe nnti. pe taknya abih sem ni sume pun dah blah menuju alam pekerjaan, nak ada masa camni lagi mmng susah la. aku bakal memonteng kelas khamis dan jumaat ni , sori la en. saya nak rehatkan minda jap. lepas balik ni consentrate study lik k en. hehe.. pasal kekalahan arsenal malam tadi, aku tak tahu nak cakap pe. just leh kecewa je. pe yang aku tgok kelemahan bahagian pertahanan dan serangan yg tumpul, cam dah takde idea je nak serang. keeper lak cam tak confident je. pasrah je lah aku tgok malam tadi. ini lah akibat nya terlalu yakin. klah sume jumpe lagi nnti.


Awal pagi tadi gunners telah merampas semula hak nye untuk berada di tahta liga apabila mengalahkan everton dngan penuh bergaya sekali.. dengan kekalahan yang dialami oleh pesaing terdekat nye, arsenal mengambil peluang tersebut untuk merampas kembali tahta liga. ahaks puas sugguh aku tgok game nie malam tadi. walaupun pada separuh masa pertama arsenal menunjuk kan gaya permainan yang agak membinbangkan aku, tetapi masuk je secong half.. perghh supperb. goal demi goal dijaringkan, walaupun kad merah dilayangkan itu tidak menghentikan gunners untuk menambah lagi jaringan.. apa2 pun tahniah pada eduardo yang mencpta goal pada awal minit permainan di babak sepruh masa kedua.


alhamdullilah dah selesai majlis kahwin sepupu aku sorang tu.. aku pun baru je sampai umah nie.. punya main penat duk sana. serba serbi kene buat… cukup la nie, klu hari2 camni mampus aku. daripada masak sampai menghidang, basuh piggan, mengemas sume aku dah rasa, nak wat camne aku ngan adik aku sorang tu je lah anak muda yang de lagi. yang lain sume dah kahwin.. memng terasa betul letih nye skang nie..
nie dah cite lain dah dari tajuk nie.. hehhehe.. game arsenal malam sabtu , tapi malam tu aku tak sempat lansung nak pegi menjenguk tv, tak tau pe la keputusan game arsenal malam tu. aku dengan pasrah nya wat tak tau la pe la result game tu, walaupun aku berdebar gak nak tau result game tu… sampai ke kat umah aku terus bukak pc aku check result game.. alhamdullilah menng gak, walaupun aku tgok arsenal hampir2 kalah lagi dalam game malam tu.. nasib la almunia hebat.. tahniah to gunners.. korang mmng best.. semoga dapat la league champs season nie..disini aku sertakan gak highlight game malam tu klu ade sape2 yang tak sempat nak tgok..
download sini



