Browsing Category: "Isu semasa"

Nik Aziz dan kronisme

Monday, August 11th, 2008 | Isu semasa, Umum with No Comments »

Pandangan dari penulis popular Kelantan : Ramli Ab Halim

Betulkah Islam benarkan kronisme?

KALAU tokoh-tokoh lain yang kata Islam membenarkan kronisme, pastilah pentas-pentas ceramah Pas akan sarat dengan ulasan dan hujah-hujah memperjahilkan tokoh yang berkata demikian.
Tetapi bila Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas yang katakannya, siapa di kalangan orang Pas yang berani bertanya tentang ‘benar’ atau ”bukannya’ Islam benarkan kronisme, apatah lagi untuk mempertikaikan apa yang dikatakan.
Sebelum timbul isu Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman (dulu antara orang besar dan berpengaruh di Air Kelantan Sdn Bhd) mungkin disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR), kroni dan kronisme dilihat sebagai suatu amalan yang menjijikkan.
Kroni dan kronisme selamat ini dilihat bertentangan dengan Islam dan bersifat amalan mungkar yang kena ditentang habis-habisan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mislanya terpaksa lepaskan peluang untuk mengaut kekayaan semata-mata kerana bimbang akan dikaitkan dengan kronisme disebabkan beliau ditakdirkan menjadi menantu perdana menteri.
Khairy yang berahwin dengan Nori Abdullah sebelum Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri lagi terpaksa melepaskan kepentingan dalam beberapa syarikat apabila beliau berstatu menantu Perdana Menteri walaupun tindakannya melepaskan kepentingan-kepentingan itu mendatangkan kerugian kepada kepentingan Melayu dari sudut pencapaian ekonomi.
Anak lelaki Datuk Seri Abdullah bernama Kamaruddin terpaksa menumpukan perhatian kepada menjalankan perniagaan di luar negara untuk mengelak dari dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme jika menjalankan perniagaan dalam negara kerana beliau ditakdirkan menjadi perdana menteri.
Sama ada Khairy (menantu) atau Kamaruddin (anak) kepada Datuk Seri Abdullah, mereka ada ilmu dan ada kepakaran dalam bidang yang diceburi, mereka ada merit. Tetapi setiap kejayaan yang mereka raih sering disyarah dikaitkan dengan amalan kronisme dan nepotisme.
Anak-anak Dr Mahathir juga tidak mendapat banyak peluang untuk menjadi anak Melayu yang berjaya dalam penguasaan ekonomi supaya nantinya dapat membantu anak Melayu lain semata-mata kerana tidak mahu dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme walhal mereka ada merit, hadangan yang terpaksa dihadapi kerana mereka ditakdirkan menjadi anak perdana menteri.
Setelah Dr MNahathir tidak lagi jadi perdana menteri, lebih-lebih lagi setelah beliau berhenti dari menjadi ahli Umno barulah soal kronisme dan nepotisme tidak lagi dikaitkan dengannya dan anak-anak, malah barulah keterlibatan anak-anak beliau dalam Umno mula menonjol.
Keadaan itu berlaku kerana selama ini kronisme dan nepotisme dilihat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, ditegah oleh agama dan suatu amalan yang bertentangan dengan moral serta boleh menyekat peluang mereka yang lebih layak atau sekurang-kurangnya sama-sama layak.
Bila Dato’ Haji Nik Abdul Aziz kata Islam membenarkan kronisme tentulah ianya memeranjatkan semua pihak. Akan timbul pertanyaan kena dulu tidak boleh sekarang boleh. Mereka yang pakar dalam bidang hukum hakam, terutama para mufti dan majlis fatwa perlu membuat kenyataan mengenainya supaya orang ramai tidak keliru.
Juga perlu diperjelaskan benarkah perlantikan khalifah-khalifah Ar-Rasyidin merupakan amalan kronisme kerana walaupun mereka mertua dan menantu nabi tetapi perlantikan mereka bukan dibuat dengan campurtangan nabi kerana ketika mereka dilantik sebagai khalifah nabi sudah wafat, malah nabi tidak pun menamakan pengganti baginda.
Yang paling penting kena dijelaskan ialah apakah layak dan sepadan soal perlantikkan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan boleh disamakan dengan perlantikan Khalifah Ar-Rasyidin. Samakah taraf dan status mereka, termasuk dari sudut ilmunya.
Kenapa Khairy, Kamaruddin, Mirzan, Mukhriz dan menantu-mennatu Dr Mahathir dan sebagainya tidak boleh dirujuk kepada perlantikkan Khalfah Ar-Rasyidin sebagai bukti Islam membenarkan kronisme sebagaimana kes menantu Dato’ Haji Nik Abdul Aziz.
Juga kena diperjelaskan apakah Sayyidina Ali bin Abu Talib yang merupakan menantu Rasulullah s.a.w. yakni suami kepada Siti Fatimah yang merupakan puteri kesayangan baginda itu ‘anak saudara’ baginda atau ’sepupu’ baginda. Status ini juga kena diperjelaskan kerana yang menyatakannya itu bukan tokoh sebarangan, apa yang keluar dari mulutnya diterima sebagai betul belaka.
Soalanya macam mana nabi boleh ada anak saudara sedangkan baginda adalah anak tunggal kepada pasangan Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah bintin Wahab. Anak saudara adalah anak kepada adik beradik. Kalau nak dikatakan pihak media salah tulis, mustahil dalam rakaman media elektronik pun boleh diubah-pinda.
Soal-soal begini nampak kecil, malah memang kecil kalau disebut oleh orang biasa, tetapi bila tokoh sehebat Dato’ Nik Abdul Aziz yang sebut, ianya tidak akan dipandang kecil kerana pengaruhnya besar.

Polis Wanita Iran hebat!

Thursday, February 14th, 2008 | Isu semasa, Umum with 8 Comments

 

Baru je godek2 youtube versi malaysia (Mangga Tv) terjumpa lak dengan video nie.. mengamcam betul polis2 wanita iran nie. Nie baru graduation ceremony kat kem latihan, kalau dah kuar macam mana la pulak ye? Aku rasa mesti ramai lelaki iran tak berani nak wat pasal. Aduh dengan purdah dan jubah, lagak deme sume ni memng hebat. Mengalahkan lelaki lak rasanya. Apa pe pun aku kagum dengan wanita2 ini sume. Kalau lah malaysia pun ade barisan polis khas yang macam nie! Agak2 macam mana ye? haha…

Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia

Wednesday, January 30th, 2008 | Isu semasa with No Comments »

 

Loloq meninggal dunia
30/01/2008 3:22pm
Oleh Saharudin Mustafa

Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.

PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

penulis lirik popular rosli khamis atau lebih dikenali dengan panggilan Loloq 50 tahun telah kembali ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan didalam otak. Aku terkejut gile masa tau berita ni, terima kasih kepada sofia kerana menghubungi aku. Allahyarham telah bnyak memberikan sumbangan dalam insdutri seni hiburan kita. Takdapat aku lupakan cara dan gaya nya semasa berlakon. Aku rasa korang pun sama, memng beliau seorang pelakon dan penulis lirik yg sugguh berbakat. Jenazah beliau akan dikebumikan di Sg. Buluh. Dikesempatan ini sama2lah2 kite sedekah kan al-fatihah kepada roh beliau, semoga beliau dicucuri rahmat, Alhamdullilah. “Kehilangan sebutir bintang”

New Proton Saga brochure

Monday, January 14th, 2008 | Isu semasa, Umum with 2 Comments

Thanks kepada knowledgecenter, aku grab brochure ni dari blog die. ahaks boleh tahan gak proton baru nie. bakal kuar jumaat ni,18 januari dengan harga antara RM30000-RM35000 memng cukup berbalui dengan saiz nya.

klik untuk mendapatkan brochure
protonsagabrochure2.jpgprotonsagabrochure.jpg

logo baru akan digunakn untuk proton baru ni,mugkin silver untuk menggantikan logo emas biasa proton.Dengan pelancaran model ganti untuk saga ni, harap menjadi la tuk proton. jagn jadi macam model2 baru yang lain dah.bawah ni official video tuk proton BLM nie. thanks to hostvibes

Mencari Sharlinie

Friday, January 11th, 2008 | Isu semasa, Umum with No Comments »

 

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

ikuti perkembangan terkini kes kehilangan sharlinie
Download poster mencari sharlinie 
lawati http://sharliniemohd.blogspot.com 

APa Sudah Jadi dengan Advertlets?

Saturday, January 5th, 2008 | Ad, Internet, Isu semasa with 3 Comments

Ahaks, terkejut gak aku lepas balik dari dating rini, bukak je blog aku nie, plup kuar bende nie. apesal lak nie.. dalam2 kebingungan tu aku bukak ym aku, ‘pap’ tgok otai blog dah bubuh note kat ym die “advertlets is a scam” ahaks aku dah rasakan sesuatu yang tak kene. lepas tu bukak la blog si amanz . Memang betul apa yang aku rasakan , ada masalah ngan adverlets, pada mulanya aku ingat kan advertlets nie kene hack ke pe ke. tapi sesuatu yang aku rasakan tak sepatutnya dilakukan oleh syarikat yang baru nak start cam advertlets tu,”Domain Name has expired” aik dah tak mampu nak bayar domain ke??? pelik!! Takpelah mungkin ada masalh yang sedang deme alami. So pada bloggers2 yang menggunakan menggunakan Advertlets supaya menurunkan kod pengiklanan Advertlets buat sementara waktu sehingga Advertlets kembali. Aku dah buang dahulu iklan adverlets dan masih tercari nak digantikan dengan apa, tgok lah nnti. nuffnangg?? dah la taknak kuar2, taktau lah kenapa.

DVD Seks: sayalah org nya!!

Wednesday, January 2nd, 2008 | Isu semasa with 3 Comments

Semalam gempar satu malaysia apabila menteri kesihatan malaysia, datuk Chua Soi Lek mengaku beliau lah org nya dalam rakaman adegan seks yang disebarkan meluas di beberapa kawasan di johor bebrapa hari lalu.

 

Kisah aksi hebat golongan VVIP beraksi ranjang, kemudian dirakam dan videonya diedar secara sulit! mmng nie suatu yang agak mengaibkan dan sukarditerima oleh masyarakat kita. Memng sejak tahun lepas lagi ada ura2 mengenai pembongkaran mengenai isu2 hangat pemimpin2 poitik tempatan, tetapi tidak pernah pula saya menyangka seorang ahli politik yang agak bersih selama ini yang akan dibongkarkan, Datuk Chua Soi Lek adalah antara ahli politik tempatan yang berprofil rendah, dengan gaya nya yang agak senyap tidak disangka ini pula yang dilakukan nya.

 

Pengakuan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan tersebut dalam sidang media yang diadakan. orang dah kantoi nak wat apa lagi. Yang pasti reputasi beliau sebagai seorang pemimpin pasti akan tercalar. Mana tidaknya, rakyat inginkan seorang pemimpin yang bersih dari segala skandal dan rasuah.

 

Perkara telah berlalu takde pe yang mempu dilakukan lagi, tetapi yang menjadi tanda tanya sekarang ini adalah apakah tindakan yang bakal diambil oleh perdana menteri kita, kita umum mengetahui apa yang terjadi pada Datuk Seri Anwar apabila beliau dituduh melakukan seks luar tabii walau pun ia hanyalah sekadar suatu pembohongan semata , belum pun terbukti perkara itu benar beliau terus dilucutkan jawatan nya, bagai mana pula dengan kes Datuk Chua nie. Samalah kita tggu apa sahaja keputusan Paklah nnti. bagi pendapat aku , pemimpin sepatut nya menjadi contoh, dan kalau contoh begini yang ditunjukkan lebih baik rasanya beliau sendiri yang mengundur diri..

FireStats icon Powered by FireStats