Browsing Category: "psm"

UTHM-Gambar Untuk Kenangan

Monday, February 4th, 2008 | Umum, psm, uthm with 1 Comment

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open it in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

    Petang tadi, masa nak g lab rekabentuk litar. Aku teringin lak nak bawak camera. Ntah terasa cam nak tangkap gambar UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), saja nak wat kenangan.. hahha. Yelah aku takde lansung gambar kampus tempat aku blaja ni. Nnti2 dah bih study leh gak jadikan kenangan.

    Sebelum masuk lab sempat gak tangkap gambar skit2. Duduk atas motor je amek, malas nak turun. Aku g dengan membe aku.Die duduk blakang so mmng die je la kene amek gambar. Pastu masuk lab. Nak wat PCB tuk litar servo motor controller, litar ni control 2 motor servo. Best gak masuk lab tu. Jadi jakun jap, semua bende cam pelik je. Walaupun dah bnyak kali masuk lab tu aku belum penah cube semua bende yg de kat situ. Tadi la masa yang aku betul2 gunakan lab tu sepenuhnya. Abih sume kene geledah walau pun aku rasa takut2. Yelah mana tau tersilap, mampuih aku, dah la bende2 dalam tu mahal2 belaka.

    Lepas setel PCB tu, sambung lik round2 UTHM. Pada korang sume, inilah kampus tempat aku menimba ilmu selama dah hampir 4 tahun aku blaja kat sini. Bnyak sngat perubhan yang berlaku kat sini. Dari aku mula2 masuk dulu sampai skang. Satu kampus aku round petang tadi. Hampir sume tempat gak aku amek. Cantik gak UTHM ni masa petang camni. Tak sibuk sngat,yelah sume student tgah bercuti skang ni. Staff pun bnyak yang takde, mungkin dah balik untuk cuti raya cina ni. Agak lengang gak la kampus aku petang nie. Nak tangkap gambar tgah2 jalan pun boleh. haha, nasib aku tak baring tgah jalan je.

    Bnyak gak gambar yang menarik yg aku ambik, so dengan gambar2 ni sume aku harap dapat gak memperkenalkan UTHM kepada dunia. Mana la tau sapa2 yang belum pernah sampai atau dengar tentang UTHM, inilah UTHM. Kalau tak kenal UTHM, dulu nya terkenal dengan nama KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) dan kemudianya dinaik taraf kepada universiti pada tahun lepas. Kalau tak tau jugak bukak la laman web UTHM berkenalan lah dengan Universiti ni.

    Tahun ini tahun akhir aku disini, lepas ni sume ni akan jadi kenangan. Macam mana rupa UTHM 5 ke 10 tahun lagi aku tak tahu lah. Mungkin adik2, atau junior aku je yang tau nnti. mungkin kali terakhir aku kan berada disini, bulan 8 or 9 tahun ni. Aku bakal bergraduasi disini, dan Dewan Tunku Ibrahim Ismail akan menjadi tempat dimana aku kan mengambil gulungan ijazah ku. Aduh tak sabar lak nak tggu masa tu.

PSM dan cuti semester

Sunday, February 3rd, 2008 | Umum, psm with 6 Comments

    Sekarang ni aku tgah cuti mid sem, sempena raya cina semiggu la aku duk rumah tanpa ada kuliah. Orang kata kalau cuti tu balik kg la kan. haha mulanya aku memang nak balik cuti mid sem ni, tapi bile aku fikirkan tentang Projek Sarjana Muda (PSM) aku tu, aku tak jadi balik.

    So cuti ni aku nak cube buat sampai semampu aku. Nak juga aku siapkan sume nye cuti ni, memndang kan bnyak lagi bende yang takda so aku aku rasa aku nak siapkan part programming nya dulu. Pada yang belum tahu apa yang aku buat tuk projek akhir aku ni, ni aku nak cite skit. Aku skarang ingin memanipulasikan fungsi bluetooth yang biasa kita gunakan untuk kesemua brang2 wireless kita. Korang sume tau apa itu bluetooth kan. satu alat yang membolehkan kita menghantar maklumat secara wireless. kita biasa gunkan bluetooh dengan handphone,keyboard dan mouse wireless, transfer gambar,lagu masuk dalam phone dan bnyak lagi.

    Ape yang aku nak lakukan ialah dengan menggunakn bluetooth ini aku ingin mengawal pergerakan robot. Ala2 macam remote control car tapi aku skang menggunkan bluetooh bukan radio frequensi. Cube korangkan bayangkan mengawal robot dengan pc mesti best kan. Ahaks itulah apa yang aku ingin lakukan sekarang. Proses untuk menjayakan project aku ni terbengkalai skng ni sebb aku dah kehabisan idea. Aku ade masalah sedikit dengan part receiver. Aku masih belum pasti bluetooth menghantar data dalam bentuk apa dan apa keluaran nya. Ntah bila aku boleh setelkan masalah ni. Kalau bende ni tak setel mungkin PSM aku ni sngkut skit la nnti. Harap masa cuti ni aku berjaya setel masalah ni.

FireStats icon Powered by FireStats