
   Aku rasa sume sedia maklum hari ini hari terakhir cuti semester yang tak tau ni aku dah maklumkan. Cuti dah abih, so sume skang tgah sibuk2 nak balik kampus, dalam pada itu aku harap yang drive atau yang tunggang motor tu bawak la hati2 skit. Takut la de pepe jadi nnti susah kan. Duk nasihat org kadang2 aku ni careless gak , entah la org kata kita sesama manusia ni kene selalu ingat mengingati kan. Yelah dalam ske macam2 kita lupa. So berhati2lah. Ingatlah org tersayang.
   Untuk aku, aku tak balik cuti ni. Niat nak pulun wat psm aku, nampak nya sikit je yang jalan, ni sume angkara cuti raya cina la. abih sume kedai tutup. Kelengkapan yang aku nak beli pun tak leh nak beli, terpaksa la tggu kedai bukak. Bila kedai nak bukak?? entah! Biarlah deme beraya sakan dlu.
p/s: dalam aku menjelajah blog org tadi aku jumpe software nie. USB disk ejector. thanks kepada saudara hafez. Berminat lak aku dengan software nie. Aku mmng selalu gune pendrive, dan aku tak ske nak tekan button remove usb device bile nak eject device. Aku lebih ske cabut je pendrive aku. Kadang tu main cabut je, ade je bende yang hilang nnti. lepas tu bunyi lak error. aduh cukup aku tak ske. Dengan software ni sume tu takkan berlaku dah. takyah lagi nak tggu kuar benda ni ‘now safe to remove this device’.
Nak cube download siniÂ
This is a WPSimpleViewerGallery
   Petang tadi, masa nak g lab rekabentuk litar. Aku teringin lak nak bawak camera. Ntah terasa cam nak tangkap gambar UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), saja nak wat kenangan.. hahha. Yelah aku takde lansung gambar kampus tempat aku blaja ni. Nnti2 dah bih study leh gak jadikan kenangan.
   Sebelum masuk lab sempat gak tangkap gambar skit2. Duduk atas motor je amek, malas nak turun. Aku g dengan membe aku.Die duduk blakang so mmng die je la kene amek gambar. Pastu masuk lab. Nak wat PCB tuk litar servo motor controller, litar ni control 2 motor servo. Best gak masuk lab tu. Jadi jakun jap, semua bende cam pelik je. Walaupun dah bnyak kali masuk lab tu aku belum penah cube semua bende yg de kat situ. Tadi la masa yang aku betul2 gunakan lab tu sepenuhnya. Abih sume kene geledah walau pun aku rasa takut2. Yelah mana tau tersilap, mampuih aku, dah la bende2 dalam tu mahal2 belaka.
   Lepas setel PCB tu, sambung lik round2 UTHM. Pada korang sume, inilah kampus tempat aku menimba ilmu selama dah hampir 4 tahun aku blaja kat sini. Bnyak sngat perubhan yang berlaku kat sini. Dari aku mula2 masuk dulu sampai skang. Satu kampus aku round petang tadi. Hampir sume tempat gak aku amek. Cantik gak UTHM ni masa petang camni. Tak sibuk sngat,yelah sume student tgah bercuti skang ni. Staff pun bnyak yang takde, mungkin dah balik untuk cuti raya cina ni. Agak lengang gak la kampus aku petang nie. Nak tangkap gambar tgah2 jalan pun boleh. haha, nasib aku tak baring tgah jalan je.
   Bnyak gak gambar yang menarik yg aku ambik, so dengan gambar2 ni sume aku harap dapat gak memperkenalkan UTHM kepada dunia. Mana la tau sapa2 yang belum pernah sampai atau dengar tentang UTHM, inilah UTHM. Kalau tak kenal UTHM, dulu nya terkenal dengan nama KUiTTHO (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) dan kemudianya dinaik taraf kepada universiti pada tahun lepas. Kalau tak tau jugak bukak la laman web UTHM berkenalan lah dengan Universiti ni.
   Tahun ini tahun akhir aku disini, lepas ni sume ni akan jadi kenangan. Macam mana rupa UTHM 5 ke 10 tahun lagi aku tak tahu lah. Mungkin adik2, atau junior aku je yang tau nnti. mungkin kali terakhir aku kan berada disini, bulan 8 or 9 tahun ni. Aku bakal bergraduasi disini, dan Dewan Tunku Ibrahim Ismail akan menjadi tempat dimana aku kan mengambil gulungan ijazah ku. Aduh tak sabar lak nak tggu masa tu.


